Wednesday, June 12, 2013

Terbaik! Himpunan Resipi ESP..

Mesti ada yang bertanya macam mana nak minum ESP? Boleh ke campur-campur dengan minuman lain? Tak bahaya ke? Bagi 1st timer yang mendapatkan ESP pulak.. sudah tentu ESP + Air Suam saje yang mampu dihidangkan... resipi sempoi & mudah untuk di sediakan.. Untuk entri kali ini saya telah menghimpunkan RESIPI terbaik, mudah untuk menyediakan minuman, makanan berasaskan ESP..



InshaAllah resipi-resipi ini membantu  anda untuk menambat hati SUAMI, ANAK-ANAK, KELUARGA  untuk terus jatuh cinta dengan ESP.. :lol:  Selamat Mencuba!

Penyediaan Asas;
ESP + Air suam ~~ Rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula, sedap! Sangat disyorkan untuk individu yang kali pertama/kurang biasa minum protein soya. 


Resipi Campuran

Berikut senarai resipi campuran yang saya himpunkan daripada blog terpilih untuk memudahkan customer & bakal customer saya diluar sana menambah resipi yang sedia ada :lol:

ESP + Fresh Milk (samada susu kotak atau susu tepung) 
ESP + Fresh Milk + Kurma (rendam kurma dalam susu.. kasi lembut then blend/shake it dan campurkan dengan satu sudu ESP) 
ESP + Susu Anmum 
ESP + Performance Drink Shaklee + Meal Shake Shaklee 
ESP + Nesvita 3 in 1 
ESP + jus Twister Tropicana 
ESP + Ribena 
ESP + Milo / Horlicks 
ESP + Sirap Bandung 
ESP + Fresh Milk + 1 sudu Oat + 1 sudu serbuk koko (blend) * boleh mix setengah sudu kecik serbuk Shaklee Fiber jika ada 
ESP + Koko + Oat 
ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda)
ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat
ESP + Milo/coklat/ + susu HL
ESP + kurma + oat + susu tepung + madu + air
ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk (boleh buat milk booster juga ni)
ESP + kurma + nestum + mealshake + susu tepung
ESP + kurma + badam + avocado (sangat sedap minum sejukkkk)
ESP + Nestle Bliss (minum sejuk2) 

( sumber: http://nursalwa.blogspot.com/2012/05/resipi-esp-yang-enak.html & http://isyadkisya.blogspot.com/2013/04/resepi-bancuhan-esp-shaklee.html )


Maka untuk kelainan dan menambat hati seisi rumah anda mencuba ESP... saya himpunkan juga di sini RESIPI ISTIMEWA untuk anda - 
Aiskrim ESP...

Bahan-Bahan

1 Biji Putih Telur

4 sudu gula perang( sbb gula perang kadar kemanisannya agak kurang berbanding gula putih)..tp kalau nak guna gula putih pun boleh

1 penutup esen vanila

1 sudu besar ovelette (boleh cari kat kedai kek atau supermarket-warna kuning)

1 tin susu cair

1 1/2 sudu ESP dan 1 1/2 sudu Meal Shake


Cara Buat 

Mix kan guna mixer putih telur dan gula sehingga kembang

Dah kembang, masukkan ovelette 1 sudu dan mix lg hingga sebati

Kemudian, masukkan 1 penutup esen vanila dan mix lagi hingga sebati

Masukkan susu cair dan mix sampai kembang

Akhir sekali, taburkan ESP (kalau ada Meal Shake boleh masukkan juga) lagi sedap dan kacau hingga sebati...

Kalau suka, blend biskut oreo atau badam atau tambahkan chocolate chip untuk bg lbh sedap...

Masukkan dlm freezer dlm sekitar 8 jam dan SIAPPP...


(di petik daripada http://exclusivelypumpingmother.blogspot.com/2011/01/resipi-baru-espnyum-nyumsedapp.html )


Nah! Apa lagi... mesti kena cuba nih..Kanak-kanak memang suka aiskrim.. Tidak rugi untuk mencuba...Kalo dah habis stok ESP kt rumah.. leh PM order saya cepat-cepat.. harga istimewa menanti anda.. Lagipun dah xlama kita nak start puasa Ramadhan nih.. berbuka puasa & bersahur dengan minum ESP pun best jugak :lol:

Monday, June 10, 2013

Cayalah! ESP memang best & terbaik!

SHAKLEE ESP Pilihan Terbaik

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol. Diulang sekali lagi...  RENDAH LEMAK & BEBAS LAKTOSA/KOLESTROL! 



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Pantang larang a.k.a tips ESP

Untuk mendapatkan kesan terbaik ESP, tips berikut perlu di patuhi. Nanti hati merungut, mengeluh, menyesal tidak henti-henti.. kan dah tak berbaloi sebab salah diri sendiri.. tak dapat den nak tolong.. :lol:

INGAT! Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi

INGAT! Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal. Di ulang sekali lagi. jangan lebih dari 3 sudu!

INGAT! Sila gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul


Manfaat SHAKLEE ESP 

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Kandungan ESP yang terdiri daripada Asid Amino yang diperlukan untuk membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. Jom tengok apa kata saintis tentang tahap-tahap penuaan manusia! Sila klik di sini.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Malah ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia. Apa? Belum tau apa tu sakit anemia? Baiklah! Sila klik di sini .

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Ini antara sebab majoriti wanita di luar sana 'memborong' ESP. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP kerana ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Malah, ianya baik untuk memperkuat otot,menghilangkan kesan parut dan luka pun inshaAllah sembuh dengan cepat.


4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki


Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia? Pada 2008 saja, sebanyak 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030. Maka Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada terus merebak. . Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat. Klik di sini untuk bacaan lanjut tentang kanser pembunuh kaum lelaki.

5."Milk Booster" Untuk Ibu Menyusu 

Para ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan sangat disyorkan untuk memborong ESP ini. Susu ibu lebih cepat dihasilkan dan semakin banyak. Susu menjadi lemak berkrim, sangat digemari oleh bayi anda dan mudah kenyang serta kurang meragam.Tahukah para ibu Hasil kajian UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menunjukkan 7 cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit adalah dengan meningkatkan penyusuan susu ibu. Kesedaran melalui kempen nyata tidak memberi kesan apabila seramai 40,000 orang kanak-kanak dianggarkan mati setiap hari di negara- negara membangun kerana kekurangan zat. Kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu badan pada usia 3 bulan pertama juga telah direkodkan meningkat 10 hingga 15 kali bagi negara membangun. Kebanyakan kes kematian ini dipercayai berpunca daripada penyakit cirit birit yang serius. Bahkan di negara barat seperti Amerika dan Eropah, banyak kes Sudden Death of Unknown Cause (Sids) atau Cot Death telah dilaporkan akibat daripada pengambilan susu botol.

6. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

7. Solusi Kepada Masalah Pigmentasi

Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel,melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut, keadaan rambut yang kusam, mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

8. Meningkatkan Keupayaan Memori

Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. inshaAllah pengambilan ESP Shaklee secaraberterusan dapat membantu mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Jom memborong ESP ramai-ramai

Jangan tunggu lama-lama, tangguh lama-lama yer.. Rebutlah peluang anda! Pilihan ditangan anda.. anda berhak menentukan siapa anda pada masa-masa akan datang.. PM saya di Facebook page Sihat With Ummi untuk mendapat harga istimewa! Sayangi diri anda sebelum anda menyayangi orang lain :lol: